Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelatih jurusan teknikal dan vokasional di institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta, mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : TETAP
JADUAL GAJI MATRIKS :
- P1T1 RM 1899.01 - P1T25 RM4715.47
P2T1 RM 1995.02 - P2T25 RM4988.08
P3T1 RM 2095.21 - P3T25 RM5284.57
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.
SYARAT-SYARAT UMUM
i) Calon memiliki kelayakan yang disyaratkan.
ii) Warganegara Malaysia.
iii) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iv) Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
i) Hanya permohonan ‘online’ sahaja akan diterima. Borang permohonan boleh
didapati dari laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh
Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
iv) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
v) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
ALAMAT BERTUGAS
Calon-calon yang berjaya akan bertugas di alamat berikut:TARIKH TUTUP: 21 MAC 2011
PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
BLOK I (SELATAN), ARAS 3,4 DAN 5
PUSAT BANDAR DAMANSARA
BUKIT DAMANSARA
50530 KUALA LUMPUR