Friday, March 18, 2011
Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
1. Akauntan Gred W41
2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
4. Penolong Akauntan Gred W27
5. Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
6. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
7. Pembantu Kewangan Gred W17
8. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
9. Pembantu Tadbir Gred N17
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disertakan.
2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah atas kiri sampul surat.
4. Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :
PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 10 Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Mac 2011