Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah badan kawalselia memainkan peranan yang penting didalam menyokong Pelabuhan Bintulu dalam industri petroleum dan gas Malaysia dan juga sebagai pelabuhan yang menguruskan pelbagai kargo seperti kontena, kargo am, pukal dan lain-lain lagi.
JAWATAN KOSONG:
1. Pegawai Tadbir (N41)
2. Juruteknik (J17)
3. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi(N17)
Cara Memohon :
a. Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut diatas boleh didapati dari laman web
rasmi LPB http://www.bpa.gov.my/
b. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh
didapati dari Bahagian Sumber Manusia, Aras 9, Lembaga Pelabuhan Bintulu atau boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi LPB http://www.bpa.gov.my/. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
c. Pegawai-pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa–Kuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut kehendak-kehendak P.U.(A) 175-Peraturan 17 dengan mengemukakan Penyata Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Sulit termasuk LNPT untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
d. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima
serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan
dilayani.
Semua permohonan hendaklah dialamatkan dan dihantar kepada :
Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 & 10
Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 BintuluTARIKH TUTUP IKLAN : 26 November 2010