Monday, November 28, 2011

Yayasan Sofa


YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (YSNS) telah ditubuhkan pada 17 Februari 2004 dengan nombor pendaftaran 0202/04/9 dengan tujuan untuk menjadi nadi kepada aspek-aspek pembangunan modal insan, pendidikan dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Yayasan Sofa amat komited di dalam menjunjung dan mempertahankan fahaman Ahli Sunnah wal Jama’ah dengan mengambil peranan sebagai pendidik yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi, termasuk penggunaan teknologi maklumat sesuai dengan keperluan masakini. Pendidikannya berasaskan penyampaian intelektual serta tarbiah Islamiah dan diterapkan melalui institusinya agar dapat melahirkan insan rabbani.

Darul Quran wal Hadith (DaQwaH) akan membuka cawangan di Seremban dan oleh itu beberapa jawatan kosong dibuka.

1.Akauntan
2.Pembantu Tadbir
3. Guru Hafazan
4. Pegawai Keselamatan


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 Disember 2011

Source : http://penganngur.info